Sunday, November 15, 2009
tak akan..
zzZZZZ~~~
Saturday, November 14, 2009
Thursday, November 12, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Jangan Pernah Berubah- ST 12
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas tuk bertahan
Reff:
Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to Reff
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya
sori....
Okey… tadi siang abang saya dah datang amik printer saya yang besar gabak tu. Pandai2lh dia lah nak simpan n jaga barang2 saya tu. Pas tu tadi dah g centre celcom. So dah dapat simcard baru yang sebelum ni hilang tah ke mana. Pas tu saya dera abang saya tadi g cari kotak untuk saya. Kesian die. hahaha. Tapi die leh tanya nak ape2 lagi2? Okey lah tu. Bukannye teruk sangat tolong adik sendirikan. Tetibe je dengar msg masuk. Rasa bedebar-debar plak nak bukak. Jap ye.. saya nak g tgk.. huhuhu.. berita buruk.. ‘ifa sibuk lagi ke?’… nak jawap ke tak.. kalo jawap saya akan kene layan die sepanjang malam ni tanpa rela saya. Kalo tak jawap maknenye saya ni kejam sangat.. ok saya akan jawap tapi saya cakap saya ngantuk. Nak tido. Tapi tengok macam awal je lagi waktu sekarang. Macam tak logic plak. Layan jelah kejap. Sampai dua tiga msg je cukup lah kan. Untuk buat syarat je. Hehehe. Oke lah tukan. Susah sebenaye buat sesuatu dengan hati yang tak ikhlas walaupun benda tu mudah sangat. Sebab benda tu semua bukan lahir dari hati kita. kita buat pon dengan cara yang terpaksa. So saya jawap sepatah je. ‘sori’.. pas tu die jawap ‘ K. takpe owg paham’. Maknenye saya tak payah balas lagikan?? Bijak tak saya.. hehehehe... fuhh… legaaa…. Nak main game lagi bes… lalalala~~~
Monday, November 9, 2009
sendiri n sunyi..
Pastu tadi lagi sikit nak kene langgar ngan mat rempit ukm masa balik beli makan tadi. Tadi memang ujan. Nasib baik bawak payung. Biasalah time ujan mestilah jalan pelan2 nnt tegelincir jatuh ,saya jugak yang malu.. hehe. Sebab dah penah tekene dah dulu.. malunyeee.. then, saya rasa kan masa saya jalan tadi, memang dah cukup ketepi sangat. Saya memang perasan ade moto nak datang dari depan. Pas tu tetibe die belok sikit kearah saya lagi sikit nak laggar saya tau. Tekejut saya. Nasib baik tak beterabur makanan saya. Pas tu saya tgk die sambil buat muka tak puas ati. die pon tesengeh-sengeh macam kerang busuk pas tu terus bla. Nasib baik masa tu ujan agak lebat. Kalo tak nak je saya ketuk die ngan payung yang saya pegang tu. Huh.. garang tak saya… garang kan? Hehe..
Semalam saya dah kemas buku2. Malam ni saya cadang nak kemas baju2 saya. Ade berita baik yang saya tak perlu angkut jauh2 barang saya. Sebab stor kat depan bilik saya je. Nasib baik lah dok kat bilik ni. Untung saya. Hehe.. cume tinggal printer besok abang saya amik ngan barang elektrik lain. then ade lagi berita baik, mungkin mak saya datang amik saya kat sini sebab nnt 20hb nak terus betolak g langkawi. So cuti ni saya terus g holiday kat langkawi dulu. Mesti penat kan sebab dulu dah selalu dah ulang alik ke sana. Panas je rasa bontot ni.. bilalah nak sampai.. bilalah nak sampai.. tak sampai2… tapi ape2 pon bila kita sama2 ngan family kita, kita akan rasa setiap saat tu rasa happy sangat walaupun jauh n penat. Kita akan lebih hargai setiap saat bersama mereka bila kita jarang jumpe mereka. Memang dah rindu sangat ngan umi, ayah adik. Tak lupe jgk ngan kucing kesayangan lambo n carera. Rindu sangat nak peluk cium budak dua ekor tu… ermm….
Friday, November 6, 2009
Saat yang kutunggu2...
Sunday, November 1, 2009
Nak cite pasal lagi sorang budak tu. Saya kelirulah dengan die. entahlah. Saya malas nak layan sangat mainan perasaan ini. Payahkan?? Itulah nikmatnye bile kita single. Bile dieorg tanye saya single lg ke tak. Saya jawab ‘single n bnyk skandal’. Hahaha.. skandal tu maksudnye bukan anak2 ikan ataupun sugar2 dady saya tau.. skandal tu membawa pengertian yang saya bebas boleh kuar ngan sape2 yang saya nak. Tak ade sape yang boleh marah saya lagi.. saya dah tak terikat ngan mana2 perhubungan yang leh halang saya kuar ngan mana2 lelaki( membe) yang saya suke. Saya lagi suke macam ni. Interaksi saya akan lebih mudah berbanding bila saya bercakap ngan bf saya sendiri dulu. Saya boleh makan tanpa cover2 n saya boleh cakap ape yang saya suke tanpa pikir sangat soal perasaan. Kalo ngan bf tak leh macam tu. Semuanye terkawal n rimas kadang2. Lagi satu kelebihan menjadi single ialah, topup n bil telefon bulanan saya tak melambung macam dulu. Jimat sgt2. Telefon pon kalo tertinggal atau lupe nak bawak tak jadi masalah lagi. Saya tak kan risau kalo sampai dua tiga hari hset saya tak ada bateri. Hahaha. Tapi jap lagi kene bebel ngan umi tepon2 tak dapat. Cian umi saya risau. Hehehe.. membe2 pun bebel nak cari tak dapat. Dah lah dok sorang2. Call tak dapat. Ape2 hal jd sapa nak tanggung?? Sayang jugak dieorang ngan saya kan. Hehehe. Saya je suke ambil mudah hal2 macam ni. Walau ape pun saya tetap ceria dengan hari2 saya.
Saya pun tak tau kenape hari ni saya nak tulis banyak2. Sebab mungkin saya bosan tak de sape nak di ajak lawan bebual. Org tu bz. Msg abang, die tak balas. Baru saya ingat hari ni hari minggu. Terengganu keje. Huk3.. sape nak layan saya?? Sapa nak layan saya!!!! Saya bosan ni!!! Next paper hari rabu. Saya kena baca awal2 patutnye sebab ade tiga paper deret… saya masih mencari manakah mood saya ni pegi. Ohh mood study… datanglah kemari menemani saya yang comel ni… hehehe… perasan jee lebih.. tapi saya memang comel kan?? Hahaha…
Saya nak ingatkan pada diri saya sendiri ‘IFA JGN SUKE BUANG MASA MAIN GAME KAT FACEBOOK, PEGI BACE BUKU STUDY… JGN MALAS… DAPAT RESULT TERUK NNT BARU PADAN MUKE!!... ‘
Wednesday, October 28, 2009
Owh Bulan..
Friday, October 23, 2009
Sampai bila??
Thursday, October 22, 2009
Jadual Peperiksaan Sesi 2009/2010 Tahun 2 Semester 1
- 26/10/2009 (15.30-18.00) (DECTAR) (179)
- 29/10/2009 (12.00-14.30) (DT ABDULLAH M.SALLEH) (603)
- 30/10/2009 (08.30-11.00) (DT ABDULLAH M.SALLEH) (450)
- 31/10/2009 (10.30-11.30) (DECTAR) (302)
- 4/11/2009 (08.30-11.30) (DGEMILANG) (477)
- 5/11/2009 (8.30-10.30) (DGEMILANG) (20)
- 6/11/2009 (8.30-10.30) (DECTAR) (205)
Wednesday, October 21, 2009
Malangku...
Monday, October 19, 2009
Benci.. bkn musuh
Sunday, October 18, 2009
Fall for u...
Could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start
Ohh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
It's impossible
So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind
Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
You're impossible to find
Saturday, October 17, 2009
Selamatkan die...
Wednesday, October 7, 2009
Love is hurt...
Tuesday, October 6, 2009
Hidup...
Thursday, October 1, 2009
Kejamnya Cinta
Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?…
Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.
Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.
Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.
Biarlah kita menguasai cinta, jika gagal bererti kita masih berupaya melawan perasaan kecewa sekalipun teramat pedih, luka dan sengsara.
Tuesday, September 29, 2009
MEMBUNUH LIPAS DI RUMAH/HOSTEL
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.
Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.
Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.
SUMBER: GHa_DisC
::Waktu-Waktu yang Mustajabnya Doa::
(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.
"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.
"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
(9). Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika Malam Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)
Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
SUMBER:BLOG CINA ISLAM