Wednesday, February 10, 2010

Perhaps...

Tempat luahan hati dikala sunyi. Aku insan biasa yang tak daya untuk mememdam perasaan ini. Kadang kala hati ini mahu menjerit memberitahu kepada semua yang aku terfikir tentang dia. Namun, diri ini sedar yang dia bukanlah hak milikku dan tak perlu aku pertaruhkan perasaan ini semata-mata untuk dia. Setiap hari aku mendengar supaya aku rasa lebih dekat dengan dia. Walaupun aku tahu, dia tidak tahu aku disini memikirkan dia. Aku tidak pernah meminta perasaan ini tiba dan singgah di pelusuk hati ini. Namun Ya Tuhan, aku pohon pada Mu supaya rasa ini dibalas dengan rasa cinta daripadanya. Aku tak melihat siapa dirinya sebelum ini. Mungkin Engkau kurniakan perasaan ini untuk menyatukan aku dengan diriMu. InsyaAllah dengan kuasaMu ada peluang untuk kami bertemu dan bersatu. Amin…

Tuesday, February 9, 2010

dia yang ku.....

Ya tuhanku, aku tahu aku memang tidak layak untuk dia seperti mana firman Mu berkata bahawa ‘lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat’. Namun Ya Tuhan ku. Ku pohon pada Mu, berikanlah kesempatan untuk ku untuk memilikinya kerana aku begitu cinta pada Mu. Aku mahu dia mendekatkan diriku pada Mu. Adakah peluang itu akan diberikan pada ku? Tapi aku amat takut sekiranya dia tidak mampu menerima kekurangan hamba Mu ini. Aku terlalu rendah ya Allah. Namun berikanlah kesempatan ini pada hamba Mu yang terlalu mengharap. Temukanlah kami sekiranya ada jodoh antara kami. Berikanlah ruang itu pada kami untuk mencipta bahagia bersama di dunia mahupun di akhirat Ya Allah.
Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget