Sunday, June 24, 2012

DENDAM

dendam tidak akan tumbuh sekiranya ia tidak disemai dan dibaja. 
mungkin mereka kata sesiapa yang menyimpan dendam itu adalah seseorang yang keji.
dendam sebenarnya bukanlah unt kita balas terhadap si dia penyebab dendam.
dan balasan dendam itu tidak semestinya terbalas ditangan kita.
aku sedar dalam kesempitan yang kualami kini akan terubat dengan kesabaran
aku yakin ianya pasti akan terbalas suatu hari nnt..

Friday, June 8, 2012

Hadiah Kekecewaan

kekecewaan yang kau beri adalah kekuatan bg diri ku. 
hari ini kau hadiahkan aku dusta
dusta yang kau beri akan aku jadikan azimat perjuangan untuk aku terus tabah
aku tak akan sesekali mengalah walaupun beribu beban kau hempapkan ke perasaanku
sesungguhnya suatu hari nnt kau pasti menyesal
menyesal melihat aku kuat walaupun dalam kesakitan
teruskanlah apa yang kau inginkan
takkan sesekali aku menghalang
sbb aku akan teruskan megorak langkahku
aku tahu ada bahagia menanti dihadapanku....

Tuesday, June 5, 2012

Surprise Birthday Party at Batu Layar

Masa ni blom tau... 

Tibe2 je disurprisekan oleh mereka...

Thanks to ady, pie, fendi n kak jun.

Peace je tau si ady tu..

Muka tak sangka ade gak org nak celebrate my birthday.

ceewahhh!!

Di suap konon... Nyampah!! haha

Hidungku di colet..

My 23th birthday cake... thanks a lot u ols...



LIRIK LAGU ASMIDAR-BIAR SAMPAI KE BINTANG



Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Lirik Lagu MOJO - Andai Ku Bercinta Lagi




Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi 
Sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini?

Chorus
Andai ku bercinta lagi 
Suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya 
Yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata 
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir 
Dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan 
Semangatku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih?

(Ulang korus)

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

(Ulang korus)

Andai ku bercinta lagi


Pandai masak ke tak ni???

Knp susah sgt nak buat yang terbaik kepada pelanggan. Kalo nak beniaga kenalah fikir jangka panjang. takkan lah nak beniaga sehari dua jekan. Bukanlah aku kata aku ni high tes sgt. tapi kalo dah jual kuih tak cukup masak kadang2 isinya basi atau ape2 yang boleh menjejaskan rasa sesuatu makanan tersebut takkan besok kita nak beli kat tempat dia lagi kan?? 

Bagi aku lah kan biarlah aku beli sesuatu makanan tu mahal tapi yang penting PUAS HATI. takde lah aku beli untuk aku buang kat tong sampah je. lagilah membazir. sebenanye yang aku complain2 ni kepada peniaga2 yang bejaja tepi jalan cthnye yang jual unt sarapan.sbb selalunya pagi2 aku suka bersarapan kuih je. kat tempat aku ni mmg banyak org jual sarapan pagi. kadang2 mula2 je makcik tu jual ok. tapi lama2 dieorang tak jaga kualiti. macam manalah perniagaan awak tu nak bertahan. kita ni pon ade tekak merasa sedap ke tak makanan yang kita terbeli tu. Tapi yang sebenarnya aku mmg cerewet ttg rasa.Tapi takde lah aku nak makan makanan yang sedap je. yang penting rasanya SEMPURNA. Tu je... 

Pilihlah aku jadi staff mu...

Mana2 tgk job advertisement semua requirement memerlukan experience at least 1 year. They do not put qualification as a priority unt dapatkan sesuatu post tertentu. kadang2 kalo fikir2 balik lebih baik pas spm aku trus cari keja n dapatkan lebih banyak xperience. xperience pon knowledge jgkkan. 
Sekarang ni aku malu sgt2 ngan family n kawan2 sbb aku masih job less stelah setahun aku grad. bukan aku tak cari keja. nak dapatkan keja kerani pon payah. kenapelah company2 ni malas sgt nak train new staff yang belum ade pengalaman macam aku ni. kadang2 tension jgk sbb kita nak jgk beli barang2 keperluan kita. malulah asik nak mintak parent je. dahlah aku yang dah 23 thn ni dieorg tanggung lagi. aku pon tak tau nak cakap ape. aku terus berusaha dan berserah. aku cuba yakinkan diri aku bahawa ada rezeki aku tak lama lagi. berusaha dan terus berusaha. Sabar dan terus bersabar... Think positive... :)

Sunday, June 3, 2012

his not mine...

kenapelh dia muncul lagi dalam hidup aku setelah 3 tahun aku lepaskan dia. pertemuan semula dengan diri dia cukup mencabar diri ini.aku akui dia adalah lelaki yang paling aku senang dampingi. mengapa terlalu mudah aku maafkan kesilapan dirinya padahal telah banyak dia menyakiti hatiku. aku telah sedia tahu sifat dia yang sebenar. tapi mengapa aku tetap tidak mampu menahan untuk tinggikan ego diriku supaya lupakan dan tinggalkan dia. aku tak mahu perkataan SAYANG atau CINTA akan memakan diriku. ayah dan umi juga tak suka aku berkawan dgn dia. dan aku rasa sekiranya aku tetap teruskan hubungan dgn dia, hubungan aku ngan dia takkan sampai ke mana.. 

hadirkanlah aku seorang insan yang sebenarnya buatku ya tuhanku. tepatkanlah pendirian ku untuk melupakan dirinya krn aku tidak mahu lagi dibelenggu perasaan kecewa. dia bukan milik aku....

Wednesday, May 30, 2012

BILA...

Adakah bila kita kata kita terasa teringin sgt nak mendirikan rumah tangga itu bermakna kita ni terlalu gedik atau gatal nak KAWIN?? Bukan itu maksudnya bagi aku.. Aku mmg cemburu sgt bila lihat rakan2 aku dah berumah tangga.. tapi aku tahu aku tak perlu tergopoh-gopoh unt ke alam tersebut.. tapi dalam waktu yang sama aku tak sanggup nak teruskan cabaran di luar ini.. aku tak sanggup nak truskan hubungan tanpa ikatan sah. aku mahukan dia yang sebenarnya yang mendekatiku ketika ini.. dan aku tak sanggup lagi disakiti oleh manusia2 yang bukan milikku suatu hari nnt.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget