Saturday, March 27, 2010

Saat-Saat Kematian

KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT

Seorang lelaki telah terlibat dengan eksiden. Datang seorang lelaki yang lain , mendapatinya dia dalam keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:

“AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM SAQAR…” DAN TERUS MATI

Lalu lelaki tadi bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang si mati. Mereka menjawab “ Dia tidak sembahyang.”

Benarlah Firman Allah swt:


مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ


"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” (42 – 43 : al-Muddathir)

Ulasan: Oleh itu kepada pemaksiat2 tegar bertaubat. Walaupun kecik dosa tadi cthnya chating tak syarie, sembang laki pempuan tak syarie tapi boleh membawa kpd dosa besar. Ulama kata:
لا صغيرة مع الإصرار Bukannya dosa kecik lagi kalau dah buat sokmo2 (selalu)
Ada dua orang yang nazak masih menyanyi walau diajar mengucap di Arab saudiNak ke kita mati tengah bergayut laki pempuan.

KEMATIAN SYEIKH KANDAHKLAWI

Pada malam kematian seorang ulama hadis Muhaddis Muhammad Ilyas al-Kandahlawi bertanya kepada para hadirin “Adakah hari ini hari khamis?” Mereka menjawab “Ya” Beliau bertanya lagi “ Cuba kamu lihat pakaianku adakah ia bernajis?” Mereka menjawab “ Ianya bersih.” Lalu beliau pun turun dari katil, berwuduk dan solat isya berjemaah dalam bilik. Beliau berwasiat kepada hadirin supaya memperbanyakkan doa dan menjampinya. Beliau berkata:


ليكونن اليوم عندي أناس يميزون بين فعل الشيطان وفعل ملائكة الرحمن


“Hendaklah pada hari ini orang-orang yang berada di sisiku orang-orang yang dapat membezakan diantara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat.”

Pada tengah malam dia dalam keadaan tidur-tidur ayam dan sentiasa mengucapkan lafaz Allahu Akbar.

Ketika waktu sahur, beliau meminta anaknya Muhammad Yusuf datang. Beliau berkata kepada anaknya:

“Marilah duduk bersamaku hai yusuf, aku tidak dapat hidup selepas malam ini dan aku akan pergi berangkat.”

Akhirnya beliau meninggal dunia sebelum azan subuh pada malam tersebut. Ia adalah pada 21 Rejab 1363 hijarah.

AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h)seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangat sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu benda yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang sakit yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:


لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل


“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”

Ulasan: Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:
1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menyatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut pikirang sendiri.

AKU BERSEDIA SEJAK 50 TAHUN

Diceritakan bahawa Malaikat Maut datang kepada seorang lelaki soleh untuk mencabut nyawanya. Lalu lelaki itu berkata:


مرحبا أنا والله منذ خمسين سنة أتأهب لك


"Selamat datang , demi Allah aku menanti bersedia untuk menemui mu sejak 50 tahun lepas.”

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:


ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق


“ Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan dari akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih dari kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan dari sifat perasan(rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih dari akhlak yang baik.”

SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH)

Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:


نحن نسعى إلى الشهادة وإنا لله وإنا إليه راجعون


“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”

Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.

Ulasan: syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namu bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya?

KESIMPULAN

Marilah bersama merenung bagaimana saat akhir kematian kita. Inilah persediaan yang perlu kita buat. Segala apa yang kita rancang di dunia adalah perkara yang tak pasti tidak kira urusan study, kerjaya, perkahwinan, sukan dan lain-lain. Yang pasti kita akan mati. Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Masanya belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke leher. Janganlah bertangguh kerana kita tidak tahu bila saat kita dicabut nyawa.

Friday, March 26, 2010

Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,“Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina. “

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… tewas,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,

“Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya."

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.

” Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” .

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan :

Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Wassalamu’alaikum wbt..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)

Friday, March 19, 2010

Terima Kasih Tuhan...

Di sini tempat ku mengadu selain Dia yang satu. 20hb Mac 2010 kini dan jam menunjukkan detik 12.58am. Masih segar mata ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir untuk aku menangis kerana dia seorang lelaki dan aku wanita yang lemah dan tak berdaya. Tapi mungkin juga banyak lagi liku-liku yang perlu aku tempuh di sepanjang pejalanan hidup sebagai insan di bumi Allah yang Maha Agung.

Terima kasih Tuhan kerana memberi hidayah kepada hambaMu yang tersimpang jauh. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang telah Kau takdirkan kepada hamba2 Mu. Mungkin pahit ini adalah satu peringatan daripada Mu ke atas hamba Mu yang selalu leka dan alpa. Adakah tulisan takdirku akan terus begini ditemani oleh mereka yang ganas memberi kata-kata dusta? Aku selalu berdoa kepada Mu agar suatu hari nanti aku akan bertemu jua dia yang benar-benar dapat melindungi aku sebagai seorang wanita yang sering dianggap lemah. Terserah pada Mu Tuhan dan aku terima apa jua yang Kau berikan kerana Kau lebih mengetahui setiap apa yang berlaku kepada hamba2 Mu. Tidak ada cinta yang lebih agung melainkan cinta abadi kepada Mu Ya Allah. Aku percaya Kau Maha Mendengar keluh kesah kekecewaan hamba Mu. Kau Maha Melihat derita hamba Mu. Dan Kau Maha Teliti setiap apa urusan Mu.

Kini hati ini kembali tenang walaupun tadi aku betul2 tersentak dengan apa yang aku lihat dan aku tahu. Dengan mengingati Mu, jiwa aku lebih tenang, fikiran ini lebih lapang, damai dan aman. MencintaiMu lebih membuat diri aku rasa lebih dihargai sebagai insan, kerana terasa dekat selalu dengan Mu. Terima kasih lagi sekali Tuhan..

Sunday, March 14, 2010

Lelaki Idaman

Puisi ini saya ambil daripada risalah yang baru saya terima… begitu menyentuh hati sekali dan suka saya untuk dikongsikan bersama….


LELAKI IDAMAN

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta, bisu, bakhil, dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, bisu daripada pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang daripada membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yang bakhil
Bakhil, bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dan begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah
LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dan begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Yang syahid di jalan Maha Esa
Persoalannya…
Masih adakah lelaki idaman itu??

Saturday, March 13, 2010

Maka Berbekallah... dan sebaik-baik bekal adalah taqwa..

Bebanan

Hari ni saya dah tuka template baru. hope dis is las one. malas nak edit2 lagi. yang penting sedap mata saya memandang.

Cadangan besok nak g library sbb nak siapkan laporan AGM PERMADARI. sebenarnya, saya rasa agak malas nak jadi s/u ni. susahlah keje ni. macam2 kene wat. saya ni bukanlah jenis yang teratur sgt. keje sendiri pon tak terurus. inikan lagi keje2 yang macam ni. nak je rasanye tarik diri. tapi kalo pikir tanggungjawab n nak dapat lebih pengalaman saya tepaksa ikotkan jugak. knplah dieorg cadangkan saya? tak de muke lain ke. saya masih boleh terima kalo dieorang lantik saya sebagai exco2 biasa je. saya rasa tugas ni sangat berat saya nak pikul, dengan tesis sem depan. research method sem ni pon saya wat terabur apatah lagi tesis akan datang. Ya Allah permudahkan lah hamba Mu ini.

Friday, March 12, 2010

Sekiranya aku di beri pilihan...


Antara lingkungan lelaki yang sering aku dambakan ialah seorang yang benar-benar berjiwa pemimpin dan dapat mengasuh diriku serta anak-anakku dengan nilai-nilai agama yang cukup mantap. Selain itu dari segi rohaninya, dia adalah lelaki yang benar-benar patuh perintah tuhan dan bijak mengurus rumah tangga kami dengan mengikut syariatNya. Bersopan santun, berbudi pekerti kepada orang tuaku dan orang tuanya, pandai memujuk, romantis serta ramah dalam perbualan. Dia juga seorang yang akan mencintaiku sehidup semati, mestilah mesra bersama anak-anak, sederhana penampilan dan pandai membuat keputusan.

Bagi ciri-ciri fizikalnya pula, aku tidak ingin seorang yang begitu tampan sehingga dipuja ramai wanita kerana aku tahu aku tidak mampu menjaga ketampanannya. Cukuplah dia seorang yang sedap mataku memandang dan tak lekang memberi senyuman. Sekiranya diberi pilihan aku mahu dia berkulit hitam manis dan lebih tinggi sedikit daripada aku. Aku mahu lihat wajahnya dipenuhi cahaya keimanan, penyayang, bijak dan matang.

Keseluruhan criteria ini hanyalah angan-angan sekiranya Engkau memberi aku pilihan. Namun siapalah aku untuk memilih calon dambaan. Aku masih boleh menerima siapa pun jodoh yang telah Engkau tuliskan kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu siapa yang lebih berhak keatas diriku.

Thursday, March 11, 2010

Update!

Puas saya mencari templete yang terbaik. tapi masih tak berkenan dengan warna ni. nampak macam suram je kan.. tak pelah, nanti kalo ade masa lagi saya nak search template yang sedap mata saya memandang. ada yang menarik tapi susunan dia beterabur plak. ni ok lah jgk. tapi warna je kurang menarik. saya mmg nak cari template yang bertemakan bunga n nampak lebih matang daripada sebelumnya. mungkin dua tiga hari lagi, saya akan ubah balik decoration blog saya ni. sementara mood masih ada sekarang ni. hehehe.. sekarang ni nak try rajin2 update kehidupan seharian saya untuk dijadikan tatapan masa depan. semoga hidup saya sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan berjaya di dunia dan di akhirat. Insya-ALLAH..

Wednesday, March 10, 2010

Colours of Bollywood...Dinner Kolej 2010.

~Persiapan dari bilik. posing jap sebelum keluar. hehe~~



~Bersama Adawiah Salih Ludin~


~She's my ex-roomate~


~This is Edamastura Mohd Dee~



~We always cute right..~~


~She also my cosmate~


Someone at my back.. Who's that??


her name is Ain Karmidi...


Namastee from Edamastura..


Anis the math girl.. hehe



Ana n her shyness


We are Sekteriat Jamuan.. time ni ngah tunggu caterer bekemas balik..


With my ketua pengarah... Selalu kena marah ngan dia sbb malas nak wat keje.. sori bos..


we are three together


sgt tembam budak ni... kuat makan n tido agaknye..



bersama cik mala n our s/u




masa ni ngah tunggu en nasir n cik mun lee untuk jemput kami pulang...

~Tamat~

Layakkah aku?

Layakkah aku menjadi sebahagian dari hidup Mu? Layak kah aku menerima cinta agung dari Mu? Aku tahu pintu sentiasa terbuka untukku. Namun begitu payah aku ke situ untuk bertemu dengan Mu. Aku seperti juga manusia-manusia itu, namun jiwa ini masih belum kuat untuk berlindung di bawah kekuasaan Mu. Aku ingin mencintaiMu seperti mana mereka-mereka yang asyik mengingati Mu setiap detik dan setiap saat. Namun masih ada suara-suara yang berkeras dan memgganas bahawa hidup tanpa diri Mu aku masih mampu. Di mana kekuatan ini? Di mana?? Terasa jiwa ini kosong dan seakan hilang pertimbangan meneruskan apa yang ingin aku lewati. Tuhan ku yang Maha Agung, pimpin lah aku untuk sentiasa mencintai Mu sebagai mana Rasul-Rasul mu. Peganglah jiwa ini supaya sentiasa mengingati Mu dan merindui Mu. Pilihkan lah aku kejalan yang Engkau redhai. Kurniakan lah aku seseorang yang dapat membimbing untuk aku terus hidup dalam redhaMu. Amin….

Wednesday, March 3, 2010

Penceraian bukan jalan penyelesaian..

Hari ini aku mendengar kisah seorang teman ku. Sungguh terguris perasaan ini namun masih dapat dikawal kerana dia adalah teman. Dia telah telanjur dan sudah membuntingkan anak dara orang. Bagi aku, aku masih dapat menerima atas kesalahan ketelanjuran. Dalam waktu yang sama dia telah menyimpan perasaan dengan wanita lain dan mereka suka sama suka. Namun, masalah yang beliau perlu tempuhi adalah kandungan tersebut. Beliau meminta pandangan aku sebagai seorang rakan. Tapi aku memberi pandangan aku sebagai seorang wanita. Bagi aku, apa yang dalam kandungan adalah tanggungjawab ibu dan bapa walaupun masih tiada ikatan. Beliau mmg bersetuju untuk menikahi gadis tersebut selapas bayi itu selamat dilahirkan. Namun beliau sudah mencadangkan penceraian selepas segalanya selesai. Wajarkah?
Di mana tanggungjawab beliau sebagai seorang lelaki dan ayah pada ketika itu? Dia hanya Cuma tersepit dengan perasaan cintakan seorang wanita namun dibelakang beliau masih ada tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah pada ketika itu. Kata beliau, beliau mmg tak mampu hidup bersama wanita itu kerana bukan cinta hati beliau. Tapi mana keadilan bagi wanita yang terperangkap kerana beliau?
Sudah banyak kali aku mengingatkan beliau supaya berfikir panjang. Tak semestinya yang kita cinta dan kita kita sayang akhirnya akan jadi milik kita. Aku pohon agar pejalanan beliau dan wanita itu akan selamanya bahagia. Mungkin beliau akan tahu erti tanggungjawab apabila beliau berada di tempat itu. Penceraiaan bukanlah jalan penyelesaian. InsyaAllah tuhan akan beri beliau penunjuk jalan yang benar. Amin…

Impian dan Angan

Berlayar lagi jiwa ini mengimbau kenangan lalu.
Mengusik setiap bait perilaku yang berlaku,
Aku insan biasa tak bisa memilih yang terbaik walaupun diri ini ingin,
Terlalu jauh impian namun tidak mungkin akan kesampaian,
Sekadar angan-angan yang menghiasi keindahan yang diidamkan,
Aku tak mahu cinta ini menguasai perasaan,
Biarlah aku memikirkan perkara yang diperlukan dan memerlukan,
Tetapi diri ini tetap saja mengikuti jejak kamu tanpa jemu,
Sentiasa diselubung rindu,
Entah sampai bila diri pun tidak tahu.
Aku sampah, dan dia permata.
Begitu jauh bilangan yang memisahkan kita.
Tak tercapai untuk ku kesana.
Maka perkara akhir yang ku putuskan,
Lenyapkan segala perasaan,
Agar diri ini benar menentu jalan.
Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget