Tuesday, September 29, 2009

MEMBUNUH LIPAS DI RUMAH/HOSTEL



Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:
Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu.
Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat jugak, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur:
MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Jangan biarkan sampah sarap di rumah
Selalu cuci bilik air
Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya
Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk. Lipas suka makan kertas
Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul standby utk basuh. Lipas seronok bau peluh.
Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.

Mengurangkan lebuhraya lipas
Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.
Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.
Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.
Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri:
Satu bahagian serbuk borik acid ( ini yang pembuat mee kuning dok kasik kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan )
Dua bahagian tepung gandum
Satu bahagian koko
Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum start process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.
BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!
Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Semoga info ini membawa manfaat pada yang mempunyai masalah lipas.

SUMBER: GHa_DisC


::Waktu-Waktu yang Mustajabnya Doa::

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17),

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu

Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.

"Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk

Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)

Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda.

"Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)

Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba

Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Malam Lailatul Qadar

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)

Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah

Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

SUMBER:BLOG CINA ISLAM


Sunday, September 27, 2009

Bile lah jodoh ni nak sampai… lambatnyee….

Hari ni telewat bagun. Kuliah kol 8. Kol 815 baru terjaga.. haha.. tapi masih bersemangat datang kuliah. Nasib baik masa sampai kuliah cume terlepas 3 slide je… ni semua gara2 malam tadi aku g merayau ngan abang angkat aku sampai kol 4pg baru balik. Tapi ade cite sedih die betol2 dah nak kawin… ingat die nak kawin ngan aku. huhu… cemburulah ngan akak. Malam tadi siap pujuk die jgn bagi die kawin… tapi nak wat cam mana.. aku ni siapa jelakan.. mana die peduli.. nanti kalo die kawin mesti tak dapat kuar jalan2 ngan die lagi.. huhu.. sedihnyeee… Die tau aku sedih. Sebab tu die offer nak carikan aku sorang bf.. tapi kalo sama macam die jgkkan best… comel n cute jee… ifa nak die jgk…. Nak jgk.. nak jgk… keciwa lagi sekali…huhuhu… kenape lah orang yang kite suke susah nak lekat ngan kite. Tapi orang yang kite tak suke, selalu wat kite rimas nak layan… bile lah jodoh ni nak sampai… lambatnyee….

Gamba Raye 2009...


























Tip Mudah Rumah Tangga Bahagia

Bagi merealisasikan kehidupan rumah tangga mengikut kehendak Allah disenaraikan di sini beberapa tip yang boleh dipraktikkan.

1. Niat suami hendak berkahwin mesti jelas iaitu untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin dapat secara halal melainkan dengan kahwin. Suami berkahwin bukan supaya dilayan makan dan minum, bukan untuk mudah disediakan pakaian, membasuh pakaian, dan bukan juga untuk dijadikan teman shopping. Semua itu boleh dilakukan walaupun lelaki itu hidup membujang. Tetapi yang diperlukan ialah keharusan menyentuh kulit wanita.

2. Niat isteri hendak berkahwin kerana untuk mendapat pembelaan seseorang lelaki yang bergelar suami. Dengan niat itu dia akan dibela oleh suami, dan suami akan membelanya sehingga ke akhir hayat.

3. Suami melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya dalam semua keadaan. Ini mendorong dia bekerja untuk membolehkan dia mendapat rezeki yang halal. Walaupun isteri orang kaya, dia akan bekerja tungkus lumus untuk isterinya.

4. Isteri memastikan dia akan berada di sisi suaminya pada waktu tidur malam walaupun dalam bulan Ramadhan. Hal ini kerana suami mahu bermanja dengan isteri dan mengharapkan dia dimanjakan. Jika perkara ini boleh dilakukan sehingga salah seorang meninggal dunia pasti terbentuk keluarga bahagia.

5. Pasangan suami isteri hendaklah saling bersangka baik dan member kepercayaan dalam apa yang diamanahkan.

6. Suami wajib mentaati ibu bapanya, dan menghormati ibu bapa mentua. Sebaliknya isteri perlu menghormati ibu bapanya dan ibu bapa mentuanya. Dengan sikap ini, tidak akan memberi peluang kepada mentua suka salahkan menantu.

7. Anak-anak suami perlu diambil perhatian oleh isteri (apatah lagi ibu anak itu sendiri), mereka perlu dilatih adab dan sopan bagaimana menghormati orang tua dan sebagainya. Anak-anak itu perlu diingatkan supaya mentaati ibu dan bapa.

8. Suami atau bapa anak-anak itu perlu sesekali mendidik dengan penuh kasih sayang.

Percayalah kalau semua umat Islam boleh membentuk rumah tangga berdasarkan panduan di atas, kebahagiaan mereka pasti berpanjangan. Bukan sekadar hingga ke anak cucu tetapi hingga ke dalam syurga.

Selain itu bagi mereka yang berpoligami, ada tip tambahan untuk mereka, antaranya:

1. Suami mesti berterus terang dengan isteri.
2. Suami jangan membiasakan berbohong isteri sama ada tua atau muda.
3. Suami mesti bersikap adil terhadap isteri
4. Isteri wajib menghormati suami dan memberi kepercayaan kepadanya.
5. Isteri tidak boleh mengongkong suami sehingga suami tidak boleh bersikap adil kepada isteri-isterinya.
6. Isteri semasa ketiadaan suami di rumah perlu berdoa kebaikan dan keselamatan suami.

Semua paparan ini adalah hasil kajian dan pengalaman mereka yang berpoligami.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Friday, September 25, 2009

Sakit Hati!!!

Hari ni baru balik daripada cuti raye.. kejap je dapat cuti. Tak puas.. nak cuti lagi.. huk3.. umi dah balik. Cedih.. semua dah tinggalkan kite sorang2 kat sini..
Kadang2 sekarang ni terasa sangat diri ni dihargai. Kalo dulu die tak penah nak amik tau pasal aku. memaafkan memang senang. Tapi nak terima balik tu memang payah. Bile sekali aku patah hati, jgn harap aku nak terima die macam dulu lagi. Aku rase dah tak de ruang untuk die atau sape2 lagi kat hati ni. Sebab aku takut nak tanggung rasa sakit macam dulu lagi. Tak payah lah nak tunjukkan rasa bersalah kat depan aku lagi. Aku dah tak pecaye dah dgn semua tipu helah kau tu. Kau tak payah nak belakon depan aku. lelaki mmg mulut manis. Aku mmg dah meluat dengan lelaki jenis die tu. Suke pura2 sakit sbb nak tarik belas kasihan aku kat die.. tolonglah.. sikit pon aku tak de rase simpati kat ko. Dulu ade ke die nak kesian kat aku ?? tak ade kan.. haha.. padan muke die… aku benci lelaki itu. Aku tak nak die gangu aku lagi!!! Aku benci sgt3 kat die!!!! arrGGGGhhh GeraMMMM!!!!! Rasa cam nak bunuh jee die tuuuuuuuuuuu!!! Huhuhuhu… tapi tak baik… bedosa kan… tak baik benci kat orang lain… bis tu cam mana… die yang wat aku cam ni… aku yang salah ke atau die yang salah.. tapi die yang mulekan dulu. Die yang wat aku benci die.. salah ke aku sebab membenci die?? Ahhhh entahlahh… aku pon tak paham n tak tau. Aku nak lupekan die… aku nak lupekan die.. aku nak lupe kan dieeeeeee…… sbb die jahatttttt…. Die penipooo….benci3!!

Thursday, September 17, 2009

Syoknyee Raye...

Sekarang ni ngah tunggu abang datang jemput pas die solat jumaat.. bosan lahh.. semua dah siap kemas… ifa mmg tak saba nak balik ni.. mudah2han selamat sampai nnt. Kalo dapat nak sambai sebelum buke puasa sbb nak buka puasa kat umah.. tapi umi pesan semalam biarlah lambat asalkan selamat. Tak dapat buke same2 pon tak pe.. yang penting die dapat tengok anak2 die selamat.
Ifa tak rasa cam kurang pon raye tahun ni walaupun tak de sape2. Ifa rase lagi best sbb ade ramai kawan2 yang amik berat pasal ifa.. tq kawan2… love u all semua. Mungkin beli baju raye malam besok. Pas tu terus balik kampong atuk. Dapat ganti selai pon jadi lah untuk pagi raye nnt. Ifa dah malas nak pikir2 sangat pasal nak begaye time raye ni. Cukup lah ape yang ade kan.. adik dah tempah suruh gantikan die punye memory kad ilang.. erm… mmg ngade2 adik aku yang sorang ni.. nasib baik adik aku sorang.. layan kan jelahh…erm… aku tak bawak balik ape2 pon untuk org kat umah.. bz sangat sampai tak sempat nak kuar bejalan2 kat sini. Tak pe lahh.. sampai sana nnt pandai2 lah aku cari ape yang patut.. aku dah nak g ni.. Selamat hari Raye semua….

Pantun Hari Raya

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sumber: Selekta

Raya sudaHH maRi.. Yeahh!!!

Hari ni letih sgt… macam2 kene wat sebelom balik kampong.. basuh baju dua bakul.. sampai lenguh2 tangan…huhu… tapi walaupun macam2 kene wat rasa cam semangat sgt sbb besok dah leh balik… dah nak dekat raye dah…Yeah!! Pas tu tadi dapat result yang cantik ekonomi antarabangsa… n lagi satu lessen P saya dah siap… Yeahh lagi sekali!! So sekarang ni adalah masanyee untuk bekemas2.. bilik aku pon nak rayee gak kan. Then besok tinggal tunggu abang saye datang jemput jee. Die tu org bagi msg bkn nak balas. Jimat kredit lah tu. Asik nak suruh kite call die je. Banyak cantik muke die. Dah lah mintak duit minyak. Ngan adik sendiri pon tak leh lebih kurang. Huhuhu..
Kalo tak de raye ni, aku tak de mase nak jumpe sedare mara. Tengok2 je anak2 sedara aku semua dah besar. Sepupu2 aku yang kawin tahun ni pon aku tak g. sedih kan.. macam ni lah student life.. always bz jee.. pas ni kalo dah keje lagi bz agak nyee kan.. tapi yang penting umi ngan ayah aku tak kan lupekan sampai bile2..

Wednesday, September 16, 2009

KeHiDuPan yAnG PoyO....

Terlalu lame aku tak update blog ni… ye lah kan… taka de ape nak diceritakan… lagi pon tak ade mood nak tulis ape2.. lain lah kalo ade tettt… hehehe… hari ni macam hari-hari biasa aku menjalani kehidupan sebagai wanita yang single but not available unt sape2. Boleh dikatakan aku masih mampu bernafas tanpa seseorang bernama lelaki. Hidup aku rasanye lagi best dari dulu2. Kalo dulu mase ade die kadang2 tepakse nak tipu umi sbb nak kuar ngan die. Biasalah masa tu kes cinta terlarang.. kahkahkah… so sekarang aku tak payah tipu sape2 lagi terutama umi aku yang paling aku sayang sgt2.
Raya tahun ni adalah raya pertama aku tak ade die. Aku relek je. Die yang sibuk2 macam aku ade ape2 lagi ngan die. Kalo dulu aku je merengek nak beli baju kaler same, keluar shoping same ape2 semua same. Tapi start tahun ni die yang offer nak support raya aku.. tak de maknenyee. Dah telambat. Ingat aku jelat sgt ngan wet die.. hahaha… lebih baik ko simpan wet tu untuk g haji… hehehe… tapi ape2 pon aku masih anggap die bukan musuh aku. Bile die call, kalo aku ade mood aku anggatlah. kalo tak pon die selalu jd tempat aku lepas geram. Bile aku pikir2 balik kecian plak kat die. Tapi masalahnye sekarang ni aku takut die nak datang umah aku time raye ni.. tak tau cam mana nak elak. Takkan nak halau plak orang nak datang beraye kan.. masalahnye umi aku dah warning awal2 tak bagi die jejak lagi kat umah aku. Serba salahlahh… huhuhu.. tgk jelah ape akan jadi nnt..
Untuk dua orang lelaki yang perasan mude, n mengaku tak kawin lagi tu,, tc lah kat ur wife n anak2 di hari yang mulia yang bakal menjelma nnt.. aku tak tau ape plan kak ila pas ni untuk ajar suami die… wahahaha… lelaki mmg jahat… lebih baik kalo die nak serius tambah lagi satu daripada saje2 je nak kumpul pepuan simpanan… die belum kene lagi ngan aku… sekarang ni mmg tgh mendidih je bile dgr nama dua ekor jantan keparat tu.. pas ni bile aku dah meletop siap lah ko…hahaha
Then nak cite pasal seorang lelaki yang dulu aku suke tapi die dah ade awek. Masalhnye bile aku dah suke baru die nak bg tau yang die dah ade awek.. sedih kan… keciwa lagi sekali… huhuhu… tapi baru2 ni tetibe die contact aku balik n tny solan2 yang tah ape2… pelik.. aku tak jawab n malas nak layan.. sbb kalo aku layan nnt susah plak aku nk control emosi aku. so lebih baik aku mencegah daripada terjebak dengan benda2 leceh ni.. lgi pon aku dah tawar ati ngan die… bile ade prob baru nak jumpe aku. ingat aku ni ape. Tempat lepas masalah je kee…???!! same je perangai die ngan oko. Benci3
Entahlah… becinta sekarang ni rasenye cam buang mase jee.. last2 tak sampai ke mana pun… bile lah my Mr.Right nak datang… masih tunggu.. tunggu n tunggu… walauape pon aku tetap bahagia dengan kehidupan sekarang … mungkin kisah yang lepas mengajar aku lebih berhati2 unt hadapi kehidupan mendatang… kan kan kan…. 

Atas pemintaan seorang peminat saya, maka hari ni adalah hari petama blog ni di buka secara public. cewahhh!! cam artis plak... (perasan je lebih.. hehehe)... jadi byk lah post2 sebelom ni telah di delete supaya tak jadi kontrovesi nnt... sori ehh org tu... hehe.. so lepas ni baru lah rasa cam semangat nak upadate selalu blog ni. kalo tak sebulan sekali je baru jenguk... cian dier...
blog ni adelah catatan kehidupan saya.so kalo rasa beminat nak komen, komen lah ape2..
yang penting jgn over2 ehh... hehe...
Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget