Sunday, October 3, 2010

Konflik di kala Syawal

Asalamualaikum w.b.t
Sudah berkurun lamanya aku tidak meluah rasa di sini dek kerana sibuk@malas. Mungkin tidak ada apa yang perlu aku kongsikan atau tidak ada idea untuk berkongsi apa. Erm… ayat macam sama je. Sekarang ni masih dalam bulan Syawal yang mulia. Aku seperti biasa menjalankan tugas aku sebagai mahasiswa yang agak kurang matang oleh sebab itu aku bersama kawan-kawan yang lain tidak dibenarkan berpolitik sama sekali. Hahaha. Bestkan jadi mahasiswa ni. Tidak seperti remaja atau pemuda-pemudi lain diluar yang bebas bergerak tanpa cengkaman Auku. Tiba-tiba aku mengungkit perkara ini. hahaha… sebenarnya saja je nak meluahkan rasa tidak puas hati atas kekalahan UKM4 tempoh hari. Tapi aku sentiasa mendoakan kejayaan akan menjadi milik mereka suatu hari nnt. Amin…

Sekarang ni aku nak cerita tentang anak aku yang baru aku beli tempoh hari. Anak??? Jeng jeng jeng. Ya memang aku layan dia seperti anak aku sendiri walaupun badan dia lebih besar dari aku. aku tak sempat lagi nak berposing dengan dia dek kerana ketandusan masa sejak akhir-akhir ini. sbb tulah minggu lepas dia buat perangai dengan berbunyi berdengung apabila diberhentikan. Aku punya lah risau terus telefon abang aku. Tapi abang aku ni punya lah kejam, ada ke patut dia suruh aku hantar kat tempat dia untuk servis semula kereta aku tu. Aku ni dah lah buta dan tuli jalan di KL ni. Jalan kat Bangi pon dah sesat apatah lagi nak ke Glenmarie. Agak kecoh jugak tempoh hari sampai melibatkan umi, ayah n kak adau sekali. Kesian kak adau. Tak pasal2 turut terlibat kerana masalah aku yang tah ape2 ni. Penghujung ceritanya, aku just bawak dia g servis kat Bangi je. Tu pon sesat n tanya kat orang mana Servis Mesra Proton di Syeksyen 4. Alhamdulillah akhir je jumpe juga atas bantuan arah oleh Mat Arip ( kawan kak adau). Nak tau masalah kereta tu. Sangat kesian. Puncanye sbb tempat alarm dia masuk air je.
Mungkin mamat yang cuci kereta aku ganas sangat ketika mencuci anak aku ni. Nasib baiklah akak n abang kat tempat tu sporting je walaupun dieorang dah nak tutup kedai masa tu sbb break unt solat jumaat. Selasa minggu depan aku akan kesana lagi untuk wat servis seterusnya. Tu je citer nye. Tapi perkara yang paling kelakar sepanjang konflik ini berlaku ialah, rupanya selama aku memiliki kerata ni, aku tak tau cam mana nak bukak bonet depan( tempat enjin). Aku kene sebijik perkataan BODOH ngan abang aku sendiri. huhuhu. Kadang-kadang sedihkan jadi perempuan yang tak tahu ape2 ni. Walauape pun nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak adau yang banyak membantu. 

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget