Friday, October 29, 2010

Abu Bakar As-Sidiq


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Riwayat al-Baihaqi)

Pada suatu hari selepas solat Zuhur, Rasulullah SAW tanya kepada para sahabatnya,

"Siapakah diantara kamu yang berpuasa hari ini?"

"Saya wahai Rasulullah". Jawab Abu Bakar.

Rasulullah bertanya lagi,

"Siapakah di antara kamu yang bersedekah kepada fakir miskin hari ini?"

"Saya wahai Rasulullah". Jawab Abu Bakar lagi.

"Siapa di antara kamu yang menziarahi orang sakit hari ini?" Soal Rasulullah.

"Saya wahai Rasulullah". Jawab Abu Bakar.

Rasulullah menyoal lagi,

"Siapa di antara kamu yang menyaksikan jenazah hari ini?"

"Saya wahai Rasulullah". Jawab Abu Bakar.

Rasulullah bertanya lagi,

"Siapa di antara kamu yang mendamaikan dua orang yang berkelahi hari ini?"

"Saya wahai Rasulullah". Jawab Abu Bakar.

Rasulullah bersabda " Sesiapa daripada Mukmin yang melakukan sesuatu perkara daripada perkara-perkara ini maka sesungguhnya akan memanggil pintu-pintu syurga pada hari kiamat nanti,"Wahai fulan aku rindu padamu" dan apabila pintu syurga memanggil umatku maka engkaulah orang yang pertama akan dipanggil wahai Abu Bakar".

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget