Wednesday, October 13, 2010

Jodoh itu.....

Hari ni saya mahu menulis. Ingin memberitahu sesuatu yang terpencil di dasar hati ini.
Bermula dari seorang yang pendiam kepada seseorang yang agak liar di zaman remajanya. Dan kini mula beransur menjejaki siapa diri ini yang sebenar.

Wahai tuhan. aku baru terlepas dari neraka dunia Mu. Kini kau suburkanlah hati ini dengan sentiasa mengingati Mu.

Aku sunyi. Dan ingin aku persoalkan di sini. Siapakan dia jodohku. Aku masih menunggu. Aku takut dalam waktu perjalanan menunggu aku tersasar kesimpang hitam kembali. Aku adalah insan yang baru membina tembok keimanan. Keimanan yang kurasa baru senipis sehelai kertas belum mampu menangkis segala ancaman hasutan manusia perosak. Kini aku berdiri sendiri. ayah umi jauh dari sisi. Sekiranya mereka ada, pasti aku lebih kuat.

Selalu aku bertanya pada diri. Adakah aku akan diberi seorang pembimbing yang soleh suatu hari nnt. Memandangkan aku ini bukanlah yang terbaik untuk lelaki yang baik, agak gentar rasanya menerima siapakah dia untuk ku.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget