Wednesday, October 13, 2010

Wahai malam…
Penuh bintang beserta cahaya bulan yang terang…
Aku terdampar mendongak ke arah langit tuhan…
Terasa kerdilnya diri ini…
Ku lihat kedua belah tangan…
Aku cuba mencari siapakah diri ini yang sebenar…
Apakah maksudnya diri ini diciptakan…
Wahai pencipta alam…
Yang mengetahui setiap apa yang terjadi di langit dan dibumi…
Aku persembahkan diriku yang hina ini kepada Mu…
Penuh keshahduan angin malam menginsafi nurani ku…
Jauh dari sudut hati ini…
Ingin aku bertemu dengan Mu…
Adakah aku ini insan yang layak…
Sedangkan aku sering ingkar dengan perintahMU…
Sering alpa dengan keasyikan syurga dunia yang fana ini…
Ya Tuhanku…
Aku berserah kepadaMu…
Ikhlaskanlah diri ini untuk menerima segala ujianMu…
Kekalkanlah diri ini supaya tetap mencintaiMu…
Hingga tercabut nyawaku…
Engkaulah tuhan ku yang satu…
Izinkan aku bertemu dengan Mu…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget