Friday, August 13, 2010

Ramadhan tiba lagi...

Masih ada lagi saki baki umur hidupku. Ku panjatkan rasa syukur yang amat kepada pencipta yang Maha Esa. Wahai Pecipta langit dan bumi. Adakah masih panjang lagi umurku di dunia ini? sekiranya masih jauh, ku pohon agar Engkau sentiasa berada disisiku dan aku sentiasa mengingati Mu agar agar aku terhalang dari melakukan perkara yang memurkakan Mu. Ya Tuhanku… sekiranya esok adalah hari terakhirku di dunia ini, izinkan aku mati dalam sempurna iman Mu. Sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku hanyalah untuk mendapat keredhaan Mu Ya Rabb..

Ramadhan masih sudi menjengahku pada tahun ini. Alhamdulillah. Bagi aku, inilah Ramadhan yang pertama sepanjang hidupku, dimana aku dapat merasai nikmatnya beriman dengan yang Maha Esa. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah-sudah. Aku bahagia walaupun jauh dari keluarga tercinta.

Beberapa hari lalu aku baru membeli sebuah buku yang berkisahkan tentang sejarah wanita agung Rabiatul Adawiyah. MasyaAllah… sungguh ada wanita hebat seperti itu yang mana cintanya kepada Allah melebihi dari segala-galanya sehinggakan dia menolak segala yang berkaitan duniawi. Mungkin dari kisah-kisah wanita sufi tersebut dapat mengajarku tentang apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini. segala amalan kita adalah untuk mendapat redhaNya. Bukan sekadar mengharapkan syurgaNya sahaja. Kekasih hatinya adalah penciptanya dan hatinya tidak dapat dipikat mahupun sultan yang pada ketika itu meminangnya. Saat malaikat maut mahu mencabut nyawanya, dia tersenyum kerana tidak dapat menahan sabar lagi untuk bertemu kekasihnya yang sudah lama dia dambakan.

Sempena Ramadhan yang penuh berkat ini, aku harap aku dapat pertingkatkan amalan ku terhadap Yang Berkuasa. Apa yang penting, aku cukup bahagia dengan diri aku yang baru ini. aku harap mereka jangan salah anggap kerana apa yang aku lakukan bukan untuk menarik perhatian, tetapi untuk mendapat redhaNya. Semoga perubahan ini akan menjadi lebih baik dan akan bertahan selama-lamanya. Insya-Allah….

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget