Friday, March 19, 2010

Terima Kasih Tuhan...

Di sini tempat ku mengadu selain Dia yang satu. 20hb Mac 2010 kini dan jam menunjukkan detik 12.58am. Masih segar mata ini. Mungkin hari ini adalah hari terakhir untuk aku menangis kerana dia seorang lelaki dan aku wanita yang lemah dan tak berdaya. Tapi mungkin juga banyak lagi liku-liku yang perlu aku tempuh di sepanjang pejalanan hidup sebagai insan di bumi Allah yang Maha Agung.

Terima kasih Tuhan kerana memberi hidayah kepada hambaMu yang tersimpang jauh. Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang telah Kau takdirkan kepada hamba2 Mu. Mungkin pahit ini adalah satu peringatan daripada Mu ke atas hamba Mu yang selalu leka dan alpa. Adakah tulisan takdirku akan terus begini ditemani oleh mereka yang ganas memberi kata-kata dusta? Aku selalu berdoa kepada Mu agar suatu hari nanti aku akan bertemu jua dia yang benar-benar dapat melindungi aku sebagai seorang wanita yang sering dianggap lemah. Terserah pada Mu Tuhan dan aku terima apa jua yang Kau berikan kerana Kau lebih mengetahui setiap apa yang berlaku kepada hamba2 Mu. Tidak ada cinta yang lebih agung melainkan cinta abadi kepada Mu Ya Allah. Aku percaya Kau Maha Mendengar keluh kesah kekecewaan hamba Mu. Kau Maha Melihat derita hamba Mu. Dan Kau Maha Teliti setiap apa urusan Mu.

Kini hati ini kembali tenang walaupun tadi aku betul2 tersentak dengan apa yang aku lihat dan aku tahu. Dengan mengingati Mu, jiwa aku lebih tenang, fikiran ini lebih lapang, damai dan aman. MencintaiMu lebih membuat diri aku rasa lebih dihargai sebagai insan, kerana terasa dekat selalu dengan Mu. Terima kasih lagi sekali Tuhan..

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget