Wednesday, March 10, 2010

Layakkah aku?

Layakkah aku menjadi sebahagian dari hidup Mu? Layak kah aku menerima cinta agung dari Mu? Aku tahu pintu sentiasa terbuka untukku. Namun begitu payah aku ke situ untuk bertemu dengan Mu. Aku seperti juga manusia-manusia itu, namun jiwa ini masih belum kuat untuk berlindung di bawah kekuasaan Mu. Aku ingin mencintaiMu seperti mana mereka-mereka yang asyik mengingati Mu setiap detik dan setiap saat. Namun masih ada suara-suara yang berkeras dan memgganas bahawa hidup tanpa diri Mu aku masih mampu. Di mana kekuatan ini? Di mana?? Terasa jiwa ini kosong dan seakan hilang pertimbangan meneruskan apa yang ingin aku lewati. Tuhan ku yang Maha Agung, pimpin lah aku untuk sentiasa mencintai Mu sebagai mana Rasul-Rasul mu. Peganglah jiwa ini supaya sentiasa mengingati Mu dan merindui Mu. Pilihkan lah aku kejalan yang Engkau redhai. Kurniakan lah aku seseorang yang dapat membimbing untuk aku terus hidup dalam redhaMu. Amin….

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget