Friday, March 12, 2010

Sekiranya aku di beri pilihan...


Antara lingkungan lelaki yang sering aku dambakan ialah seorang yang benar-benar berjiwa pemimpin dan dapat mengasuh diriku serta anak-anakku dengan nilai-nilai agama yang cukup mantap. Selain itu dari segi rohaninya, dia adalah lelaki yang benar-benar patuh perintah tuhan dan bijak mengurus rumah tangga kami dengan mengikut syariatNya. Bersopan santun, berbudi pekerti kepada orang tuaku dan orang tuanya, pandai memujuk, romantis serta ramah dalam perbualan. Dia juga seorang yang akan mencintaiku sehidup semati, mestilah mesra bersama anak-anak, sederhana penampilan dan pandai membuat keputusan.

Bagi ciri-ciri fizikalnya pula, aku tidak ingin seorang yang begitu tampan sehingga dipuja ramai wanita kerana aku tahu aku tidak mampu menjaga ketampanannya. Cukuplah dia seorang yang sedap mataku memandang dan tak lekang memberi senyuman. Sekiranya diberi pilihan aku mahu dia berkulit hitam manis dan lebih tinggi sedikit daripada aku. Aku mahu lihat wajahnya dipenuhi cahaya keimanan, penyayang, bijak dan matang.

Keseluruhan criteria ini hanyalah angan-angan sekiranya Engkau memberi aku pilihan. Namun siapalah aku untuk memilih calon dambaan. Aku masih boleh menerima siapa pun jodoh yang telah Engkau tuliskan kerana sesungguhnya Engkau lebih tahu siapa yang lebih berhak keatas diriku.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget