Wednesday, March 3, 2010

Penceraian bukan jalan penyelesaian..

Hari ini aku mendengar kisah seorang teman ku. Sungguh terguris perasaan ini namun masih dapat dikawal kerana dia adalah teman. Dia telah telanjur dan sudah membuntingkan anak dara orang. Bagi aku, aku masih dapat menerima atas kesalahan ketelanjuran. Dalam waktu yang sama dia telah menyimpan perasaan dengan wanita lain dan mereka suka sama suka. Namun, masalah yang beliau perlu tempuhi adalah kandungan tersebut. Beliau meminta pandangan aku sebagai seorang rakan. Tapi aku memberi pandangan aku sebagai seorang wanita. Bagi aku, apa yang dalam kandungan adalah tanggungjawab ibu dan bapa walaupun masih tiada ikatan. Beliau mmg bersetuju untuk menikahi gadis tersebut selapas bayi itu selamat dilahirkan. Namun beliau sudah mencadangkan penceraian selepas segalanya selesai. Wajarkah?
Di mana tanggungjawab beliau sebagai seorang lelaki dan ayah pada ketika itu? Dia hanya Cuma tersepit dengan perasaan cintakan seorang wanita namun dibelakang beliau masih ada tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah pada ketika itu. Kata beliau, beliau mmg tak mampu hidup bersama wanita itu kerana bukan cinta hati beliau. Tapi mana keadilan bagi wanita yang terperangkap kerana beliau?
Sudah banyak kali aku mengingatkan beliau supaya berfikir panjang. Tak semestinya yang kita cinta dan kita kita sayang akhirnya akan jadi milik kita. Aku pohon agar pejalanan beliau dan wanita itu akan selamanya bahagia. Mungkin beliau akan tahu erti tanggungjawab apabila beliau berada di tempat itu. Penceraiaan bukanlah jalan penyelesaian. InsyaAllah tuhan akan beri beliau penunjuk jalan yang benar. Amin…

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget