Saturday, April 10, 2010

Smile..

Hari ini aku rasa sangat gelisah. Bukan fikirkan peperiksaan yang bakal menjelma. Tapi fikiran ini terlalu tertumpu pada dunia hari ini. Aku mula rasakan waktunya sudah makin tiba. Sedikit demi sedikit prasangka yang aku ingat cuma andaian semata-mata mula menjadi kenyataan. Aku melihat ramai lagi yang berada di luar masih kabur dan tergapai-gapai. Aku takut bangsaku, agama ku dipijak-pijak begitu sahaja dengan rela tanpa halangan. Mereka semakin dekat menghampiri. Dan waktunya semakin hampir menjelma. Bagaimanakah agaknya masa depan agamaku? Aku takut aku tak mampu melawan desakan arus zaman yang begitu mencabar dan mengelirukan. Fitnah2 yang begitu mencabar fikiran. Pelbagai pilihan diluar yang begitu mengasyikkan tetapi itu cumalah cubaan mereka yang mahu merosakkan. Ya Allah… begitu berat ujian di Dunia akhir zaman. Mampukah aku??


Aku sayangkan agamaku.. aku bangga dilahirkan pada agama yang benar… aku percaya pada wujudnya tuhan aku yang satu… aku mohon semoga aku tidak tersimpang dari jalan Mu..


Dunia semakin tua. akhirat semakin menjelma.. zaman kebangkitan semakin hari mulai terasa. Kadang2 aku rasa bersyukur sangat kerana aku dapat merasai nikmat semangat juang ini. Walaupun aku dipandang benci oleh sesetengah bangsa agama ku sendiri tapi aku pasti inilah matlamat sebenar hidup ini. Aku tidak marah pada mereka yang menzalimi diri aku kerana mereka adalah saudara seagamaku. Dan aku takkan menyimpan niat dendam pada mereka walau sekelumit pun. Aku cuma berdoa agar kehidupan mereka lebih diberkati sekiranya mereka benar. Setiap apa yang berlaku, setiap apa yang tertulis itulah takdir. Dan Allah tidak akan mensia-siakan setiap takdir yang diberi kapada hambaNya. Mungkin ada hikmah aku di tempat baru. Bersama teman baru, dan suasana hidup yang baru. Semoga tuhan lebih memberkati kehidupan ku yang mendatang. InsyaAllah..


Walaupun hati ini sedikit sebanyak terasa sedikit terkilan dan sedih kerana meninggalkan teman2 yang selalu ada dalam perjuangan ini, aku yakin aku perlu kuat untuk menghadapi. Masih ada ruang untuk kami bertemu walaupun tidak seperti dulu. apa yang penting aku perlu persiapkan diri ini sebelum menempuhi cabaran2 fitnah dunia yang akan datang. Sesungguhnya aku masih lemah dan masih perlu meningkatkan kekuatan untuk mengahdapi cabaran generasi baru ini. Semoga aku dapat bersama2 dengan keluargaku, teman2ku dan semua umat Islam di dalam Syurga. Ya Allah permudahkan lah kami menuju ke sana.. Aku pohon jauhilah aku dari azab Mu yang amat menyeksakan…

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget