Monday, April 12, 2010

hadirmu....


Semenjak dua menjak ni, ada beberapa manusia yang dahulu pernah jadi sejarah gelapku hadir semula. Dulu hilang entah kemana. Tiba2 hadir tanpa diduga.

Ada satu masa kita tenggelam dalam lautan kehancuran. Beribu2 keasyikan dunia yang datang tanpa kita sedar dunia ini adalah tempat sementara bagi hamba-Nya. Kita mula sedar sedikit demi sedikit tetang apa ertinya kehidupan yang diredhai. Masih tergapai-gapai mencari kekuatan keimanan dalam diri.

Sebenarnya Allah hadirkan mereka sekadar untuk menguji sejauh manakah aku dapat bertahan dalam pendirian ketakwaanku ini. kadang2 panggilan mereka begitu kuat untuk meggegarkan jiwa keimanan. Sungguh aku katakan amat berat menahan rasa ini. Namun disebalik itu aku berasa begitu puas kerana dapat mempertahankan diri dari hancur di lembah hina. Allahamdulillah Ya Allah.. Masih ada lagi kekuatan untuk aku menuju mengadap Mu dan menurut segala perintah Mu. Namun cabaran akan datang masih tidak pasti lagi. Apakah aku mampu berdiri sekuat ini? bantu aku Ya Allah. Jauhilah aku daripada mereka yang merosak manusia.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget