Friday, April 2, 2010

Kurniakanlah Syurga Mu pada ku...

Tertanya kepada diri. Bilakah waktunya diri ini mahu berubah supaya sentiasa dikasihi Ilahi. Terasa banyak yang perlu diperbaiki sebelum pergi bertemu yang hakiki. Adakah sempat untuk aku menyediakan semua bekalan amalan sebelum mengadap Nya. Kadang-kadang diri ini terfikir untuk cepat bertemu dengan Nya. Supaya bebas daripada segala noda dosa dunia yang mudah menghinggap pada diri. Tapi, adakan aku cukup bersedia untuk mendapat tempat yang terbaik apabila di akhirat kelak? Masih banyak lagi kekurangan pada diri. Adakah sudah terhapus dosa pada diri, pada umi ayah, pada sahabat2, pada semua yang mengenali diri ini dan paling penting dosa pada tuhan pencipta sekalian alam ini?


Sungguh berat tanggungjawab seorang bergelar insan. Hati ini sering tergugat dengan hasutan syaitan. Iman ini masih lemah Ya Tuhan ku. Diri ini terlalu kerdil untuk bertemu dengan Mu. Aku tidak tahu bilakah saat untuk Engkau mencabut nyawaku. Aku tidak takut akan kematian tetapi aku lebih takut sekiranya aku tidak berpeluang bertemu dengan Mu dan juga kekasih Mu. Aku mengharap syurga Mu yang Engkau sering katakan itulah tempat bagi orang2 yang menuruti perintahMu. Namun adakah aku akan dapat bersama mereka untuk tinggal aman di sana?


Ya Allah… aku sungguh takut nerakaMu dan juga seksaan Mu. Aku percaya itulah tempat yang paling buruk azab Kau kenakan pada umat Mu yang sering mengingkari perintahMu. Adakah aku tergolong dalam kumpulan itu.. Ya Tuhan… jauhilah aku dari seksa api neraka Mu. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah. Hamba Mu ini terlalu lemah untuk menghadapi itu semua. Maafkanlah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini Ya Allah. Kau berikanlah peringatan kepada hamba Mu ini supaya sentiasa mengingatiMu. Tempatkan lah aku dikalngan golongan yang beriman.


Wahai diri! Ingatlah dunia ini tempat tinggal sementara. Di sinilah tempat Allah menguji hambaNya supaya dapat mengawal hawa nafsu , sentiasa menuruti perintahNya dan menjauhi laranganNya. Ingat lah diri! Hidup di akhirat itu kekal selamanya. Persiapkan diri kamu dengan bekalan yang secukupnya sebelum mengadapNya. Allah itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Adil dalam setiap perhitungan yang yang dilakukanNya. Tidak ada tempat yang lebih baik dan aman selain Syurga Allah. Tanamkanlah dalam diri untuk menuju ke sana. Semoga angan dan cita-cita Agung ini diterima oleh Allah.

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget