Tuesday, November 9, 2010

Antara Cinta, Sayang, Suka dan Minat.... ^_^

Jangan salah faham antara cinta, sayang, suka dan minat…

Cinta- Kita memang mengharap di menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang- Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk bekongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka- Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy go lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi kita tak akan rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.

Minat- Ada sesuatu yang menarik pada diri dia untuk kita mendekatinya .



"Ya Allah… Jika aku jatuh cinta, cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu. Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…."

Sahabat,
Cinta , sayang, minat, rindu hanyalah layak untuk Ilahi. Bagaimana kita mahu mengukur cinta kita padaNya? Caranya ialah dengan menilai perasaan dan rindu kita padaNya setiap hari. Jika anda seseorang yang amat mencintai Allah, maka amat beruntunglah anda…

Sesungguhnya cinta kepada Ilahi adalah sesuatu yang tidak ternilai harganya yang bukan boleh dibeli dengan wang. ..

Renungkanlah…. :)

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget