Wednesday, February 10, 2010

Perhaps...

Tempat luahan hati dikala sunyi. Aku insan biasa yang tak daya untuk mememdam perasaan ini. Kadang kala hati ini mahu menjerit memberitahu kepada semua yang aku terfikir tentang dia. Namun, diri ini sedar yang dia bukanlah hak milikku dan tak perlu aku pertaruhkan perasaan ini semata-mata untuk dia. Setiap hari aku mendengar supaya aku rasa lebih dekat dengan dia. Walaupun aku tahu, dia tidak tahu aku disini memikirkan dia. Aku tidak pernah meminta perasaan ini tiba dan singgah di pelusuk hati ini. Namun Ya Tuhan, aku pohon pada Mu supaya rasa ini dibalas dengan rasa cinta daripadanya. Aku tak melihat siapa dirinya sebelum ini. Mungkin Engkau kurniakan perasaan ini untuk menyatukan aku dengan diriMu. InsyaAllah dengan kuasaMu ada peluang untuk kami bertemu dan bersatu. Amin…

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Popular Posts Widget